Sunday, 10 March 2019

Cuti2 bajet ke Langkawi

Assalamualaikum hai!

Para isteri, para ibu, kalau dapat '' me time'' mesti seronok kannn. Setelah bertungkus lumus, penat lelah, bekerja, menguruskan rumah tangga, anak2, sekali sekala belanja diri, berlibur bersama teman2 pasti rasa gembira di hati. So para suami, beri la peluang pada si isteri utk bersama teman2 sekali sekala. Lagi best kalau suami sponsor percutian si isteri!  Ahaa. Siap mukaddimah! Haha.

Yang iye nye, aku nak throwback vacation aku last year ke langkawi bersama temen2 sekantor gitu sih. Alkisahnya kami buat satu tabung khas utk bercuti pada setiap hujung tahun. Oleh kerana org macam aku ni susah nau nak menyimpan, dan kalau x buat tabung mcm ni mmg susah la nak merasa pergi bercuti sebab mesti ada je duit nak pakai buat itu ini. So start april kitaorang collect RM50 seorang setiap bulan. Tiket flight kitaorang beli masa bulan puasa kalau x salah aku.   Harga pegi dan balik dlm rm120-150 Air Asia. Kalau ada promo boleh dapat lagi murah, so kena la rajin check. Aku mintak kawan aku belikan sekali je la sbb aku mmg jarang nak beli tiket flight ni.

Duit collection tu semua cover penginapan, transport, makan, entrances fee. So pegi sana just bawa duit shopping sahaja. Masa tu bulan Nov, dapat bonus bulan oct, sakan jugak la kan memborong masing2.. Sampai terlebih2 berat bag, nasib tak kena tinggal. Fuhhh 😌. Bajet semua tu nanti aku buat entry lain la. Kali ni aku nak story mory dulu perjalanan ke langkawi.

Awalnya plan beli tiket flight malam sbb tanak amek cuti, so lepas habis kerja boleh terus p airport. Di jangka sampai sana dlm 11pm, tapi flight diawalkan pukul 1pm, so kitrg sampai sana awal. Terpaksa la amek cuti, ada yang halfday.  Oleh kerana kitrg dekat je dengan airport, Kitrg dah check in siap2, senang, xyah nak kalut dah. Memang kat klia tu ramai je orang, xpenah nye xde org, so xnak ade masalah, check in siap2 okeyh.


Happy sungguh hakak kite tu dapat berjalan yee! 


Sampai langkawi dalam pukul 5 petang mcm tu, terus call orang kereta,  kereta sewa diorg hantar terus kat airport langkawi, bayaran kena setel terus tau masa ambil kereta. Kereta kitaorang dah booked awal. Kalau korang x ada kereta, kat sana banyak je teksi, tapi tak pasti la berapa kena caj. Security deposit tu nnt diorang akan bank in semula kalau kereta dipulangkan dalam keadaan seperti sedia kala. So make sure bawa kereta elok2 nah!. Dan masa amek kereta tu check la dulu kereta ok ke tak.


Cantiknya view pulau langkawi! 
Perkara pertama yang harus korg buat kalau sampai langkawi mesti la cari laksaaaa kedah uolsss! Port menarik yg korang wajib tuju ialah laksa airport tepi pantai. Kat situ macam2 ada! Ada laksa, pasemboq, cucuq, ayaq nyiok, mcm2 la lagi. Dengan kawasan betul2 tepi pantai, nyaman gitu!



Laksa ikan sekoq

Makanan kat situ semua sedap2.. Laksa dia pun sedap. Aku bagi 4/5 bintang ⭐⭐⭐⭐

Lepas makan, terus gerak ke pantai cenang untuk menikmati sunset!

Kalau ke tepi pantai kat sana, jangan terkojut pulak tengok mat salleh minah salleh berbikini sambil berjomur..sila jaga pandangan mata masing2 ye. Ahaa!








Bersambung...  

(next entry tunggu aku update ye!) 





No comments:

Post a Comment