Assalamualaikum..
Alhamdulillah done test HIV!
Sebelum ni aku ade cite pasal test hiv yg aku x jadi buat kan..boleh check previous entry sbb kat situ ade list KK kat area selangor skali. Ok last week aku pegi la klinik nak buat sbb aku dah ade borangnye. Camne nak dapatkan borang? boleh pegi link NIKAH ONLINE . Kat situ nanti isi je semua detail yang dia nak, tapi part nombor siri hiv test tu biarkan je dulu kosong, then send n print out, form yg korang isi tu lain2 tau ikut negeri masing2. Dannnn..negeri tertentu je boleh isi on line mcm Perak, kedah, selangor, negeri9 dan perlis klu x silap.
Ok kat situ nnt akan ada skali form hiv test, borang wakalah utk perempuan, borang pengesahan bujang, borang permastautin dan lain2 dan juga senarai dokumen yg dia nak pon korang boleh print kat web tu. So nnt lepas print check balik details korang, mane yg xde tu isi je pakai pen. Sama je cara nak isi utk laki dan perempuan..Setelkan dulu borang lelaki, mintak pengesahan tok kadi dan sebagainye dan hantar ke pejabat agama daerah masing2. Lepas dah dapat pengesahan baru la bagi semua borang dan doc lelaki kat belah perempuan pulak utk dihantar ke P.agama daerah belah perempuan. Haaa.paham tak?? haha. Relaks jgn pening2. aku pun mula2 pening gak. tapi bile dah buat haihhhh..mcm makan kacang je! haha.
Ok back to the story, mula2 aku pegi KK bukit changgang, time tu pukul 10 pagi, full house! aku pun x jadi singgah, terus pegi KK dengkil. Ponnnnn penuhhh..haih..ni aku pk kalau aku singgah jugak confirm sampai ke ptg aku duk situ, agaknye la..hihi..sbb kan malas nak menunggu, terus g Putrajaya sbb alang2 nak amek sijil kursus kat putrajaya sentral kan. Aku pun cari la klinik, aku gamble je, sekali nampak signboard KK presint 9, terus la aku redah je. Alhamdulillah jmp tak jauh dari pjaya sentral. Ramai jugak org, aku malas nk pk aku redah jela..Alhamdulillah tak sampai sejam pon.
Mula2 amek no kat luar pintu klinik, then dia bg no utk pndaftaran. Lepas daftar dia bagi kad dan pegi next kaunter utk isi borang. Lepas isi borang pergi ke bilik prosuder utk test darah dalam 10 min tunggu kalau x ramai org la. Dah laaa nurse tu amek darah aku banyakk giler satu pack bag tu. eh tipu je..hihi.cuakkkann. dia cucuk sikit je la kat jari then letak kat stripe pastu dapat keputusan. tp keputusan nurse tak bgtau. suprise katenye..haha..Dia pun suruh tunggu kat luar utk jumpa Doktor. Ha jgn lupe bw skali borang test HIV yg korang print tu taw. actually tak payah pun xpe. boleh pakai je borang yg klinik sediakan, tp disebabkan dah ade, bawa je la skali. Dan paling xleh blah, aku tunggu punya tunggu punya tungguuu..nombor aku tak jugak panggil2..haihhh..aku dah stress dah. lama jugak la aku melanguutt sambil tengok tv kat situ, skali check kad nombor aku tu dia tulis (SILA SCAN NO ANDA). adehhhh. lupe scan patut la x panggil. Lepas aku scan tak sampai 5 minit no panggil. T_T. kalau la aku scan dr tadi msti dah siap boleh balik awal. Masuk jumpe Doktor, doktor ckp test negative! alhamdulillah. bdebar jugak la walaupun aku yakin xde hiv. hihi. dah cop borang semua, setel laaa. Senyum je la aku sepanjang perjalanan tu..org duk perati je aku peduli ape..haha..Dannnnn korang jgn lupe taw bagi salinan klinik borang tu kat kaunter luar ye sebelum balik. Sebab aku terlupe..hihi..so aku simpan je la sendiri sbb dah drive baru perasan. Hopefully xde masalah la cumanye klinik xde record test aku la nnt. huhu
Mane2 bakal2 pengantin yg dekat2 ngan pjaya boleh la buat kat situ sebab service cepat dan bagus, tip top! tempat pun selesa, ruang menunggu besar, kerusi pun banyak, dan layanan mesra walaupun time tu dah dekat tengah hari mst semua staff lapar kan tp muka senyum je, xde la nampak muka lapar nak makan orang. hihihi. Cuma park je sikit dan penuh, so terpaksa park tepi jalan, nasib baik xde surat cinta dr abg jpj. hihi.
Progress aku skang tinggal nak amek pengesahan belah perempuan dan submit. Dah boleh kawen!! yahuuuu...hihi. Next week nak fitting baju kawen, setelkan semua payment dan goyang kaki. eh. haha. Alhamdulillah makin nak dekat ni aku jd kurang stress sikit. hihi. lain macam kan bunyik.haha Tapi betul la..aku rasa x serabut pun..sbb biasa org ckp makin nak dekat makin stress makin mcm2 dugaan kan..Tp syukur aku masih boleh makan tidur dengan tenang..haha.
Doorgift pon aku prepare sikit2 dah sambil2 tengok tv tu packing ape yg patut..senang xde susah nnt kat kg..Mane barang2 nak pakai tu aku beli sikit2..Preparation pun simple2 aje. Semoga majlis nanti berjalan lancar, makan cukup tetamu pun hepi. Ni tanak la pengantin je seronok, orang lain krik2..hihi.
Ok lah gais, doakan ye semoga semua berjalan lancar dan dipermudahkan..Aminnn.
Hari Jumaat bleh buat test HIV x awak?
ReplyDeleteHari Jumaat bleh buat test HIV x awak?
ReplyDelete