Monday, 22 December 2014

Review Engagement Day!

Bismillah..

Assalamualaikum..

Tujuan menulis hari ini, adalah untuk mengabadikan gambar2 ketika berlansungnya majlis pertunangan pada 3 May 2014, 7 bulan yang telah pun berlalu. Terlalu pantas waktu berjalan, pejam celik pejam celik dah dah nak tamat 2014, tahun 2015 majlis utama yg dirancangkan akan berlansung.

Majlis pertunangan yang ringkas dan serba sederhana diadakan dikampung halaman tuan hamba di Perak, yang dihadiri kaum keluarga sebelah ibu dan arwah abah dan beberapa orang rakan2 terdekat. Perancangan telah pun tuan hamba lakukan 5-6 bulan sebelum majlis berlansung. Al-maklumlah..tuan hamba merupakan anak sulung, maka semua urusan majlis tuan hamba uruskan sendiri. Bab makan2 tuan hamba serah pada bonda hamba. 

Semua persiapan dari hantaran, pelamin, dan baju, tuan hamba DIY sendiri dengan bantuan kawan2 dan sepupu sepapat tuan hamba. Terima kasih kalian semua. Pada awalnya, tuan hamba nk mekap sendiri, tapi dek kerana tak yakin dan takut rupa tuan hamba jadi macam aishywara rai, hamba pun mengambil mak andam. Mekap ok kalau amek gmba angle baik punya. Tp kadang2 nampak ketebalan jugak mekap tuan hamba. Apapun alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Rombongan pengantin lelaki tiba selepas zohor.. pihak perempuan diwakili oleh pakcik tuan hamba..semasa perbincangan berlansung, tuan hamba duduk dlm bilik aje. Hantaran pada awalnya 11 berbalas 9 tetapi dek kerana ramai sedara mara dan kawan2 yg baik hati maka bertambah la hantaran, rasenye ade la dalam 20 lebih, berbalas 9.. Tp itu biasa, kalau majlis bertunang sebelah keluarga tuan hamba mesti akan belebih2 hantaran..rezeki pihak sebelah laaa..

Make up by kak wa dari AF Butik
Boleh visit FB beliau 

Saudara mara tuan hamba!



Ni hantaran dari pihak perempuan untuk pihak lelaki. Tema Baby blue-yellow



Hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Tema pink-marroon

No OP. Hire kawan dengan sepupu tuan hamba je tuk snap gamba2 majlis dan tuan hamba, Jimattt.. :p














Memandangkan majoriti DIY sendiri, so banyak la kos yang boleh dijimatkan.

Kos bertunang tuan hamba

Barang hantaran lelaki  = RM 800++
Gubahan hantaran DIY = RM 200++
Pelamin DIY = RM 150++
Baju  + Tudung (Veil pinjam cousin) = RM 200
Buffet  (rewang masak sendiri) = RM 1000 (sekali dengan makan kenduri tahlil malamnye)
Total = RM 2350++

Tuan hamba dah gtau awal2 kat fiancee tuan hamba, time kawen nanti dah tanak buat hantaran2 nih. nk jimat. lepas kawen baru kite shopping yeeee..

Lagi 10 bulan nak majlis besar, dah kene start planning dr sekarang nih supaya tak kalut, kalau boleh nak buat sesimple aje. Semoga dipermudahkan..aminnn.

No comments:

Post a Comment